Agak rumit memang kalau kita sudah membicarakan tentang kesetiaan, ada
yang bilang kesetiaan pada pasangan kita tidak hanya ditunjukkan dengan
perbuatan tetapi terkadang ditunjukkan juga dengan hati. Untuk itu, kesetiaan pada pasangan merupakan hal yang mutlak untuk menjalin suatu
hubungan.
Menjalin hubungan cinta jarak jauh bukan sesuatu yang luar biasa di kalangan pasangan muda hari ini.
Bagaimanapun hubungan jarak jauh sebenarnya menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi .
Mencabar dan sukar mungkin ungkapan paling sesuai untuk digambarkan bagi
hubungan seperti ini, namun adalah tidak mustahil hubungan ini dapat
bertahan dan kekal lama.
Memang bukan sesuatu yang mudah untuk berjauhan yang tersayang. Apabila
teringatkan si dia pasti timbul rasa curiga, prasangka dan pelbagai
persoalan lain yang muncul.
Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini.
Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk
mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama
lain.
Dalam situasi sedemikian, tanamkan pemikiran positif antara satu sama
lain dan sentiasa berfikiran positif kunci, ia merupakan kepada
kebahagiaan kita dan pasangan.
Jangan mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi belum lihat
dengan mata dan dengar dengan telinga sendiri. Usah jadikan itu perkara
yang terlalu penting sehingga mengatasi perkara-perkara dalam hidup kita
sehingga mengganggu keharmonian hubungan itu sendiri.
Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh.
Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan.
Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan
dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan.
Sentiasa ceria dan kekalkan positif agar anda tidak bosan walaupun
berjauhan.
Apabila berjauhan, jangan murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat.
Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat
sekali. Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang
dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria
seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran
ketika sunyi.
Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk
menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama
membina komitmen anda terhadap perhubungan
Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan,
tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan
sering menjadi faktor penyebab.
Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing
komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan
perhubungan yang sihat dan berkekalan.
Dalam situasi sedemikian jangan mudah tergoda sebaliknya belajarlah
untuk setia kepada pasangan. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang
lain, cuba elak daripada terus mesra. Katakan awal-awal pada si dia,
anda telah berpunya.
Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. Ingat,
manusia tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan
rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina
berbeza.
Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh bercinta jarak jauh,
Malah dalam masa yang sama, cuba kreatifkan pemikiran anda, siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra dan romantik?
Di sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan
teknologi semuanya di hujung jari, malah jika kena caranya, hubungan
anda akan menjadi hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang
membosankan.
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. Dengan berkongsi fantasi dan
keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan!